Wednesday, 13 May 2015

Dominasi diri

Shadija, nama yang selama nie aku bawa, sebab kehidupan sulit yang ada disebalik nama, dalam pekerjaan, persahabatan, perkasihan,, ermm, ade ke perkasihan,,, ? aku nak merungkai kan satu kisah kehidupan peribadi yang akan dikongsi bersama, 1st off all, maaf kepada pembaca yang aku dah hidden, ni tanda menghargai peminat blogger agar korang tak di hacking orang mana2 pencabul alam maya.

bermula dari kelahiran manusia, kita sedia maklum, kebahagian kan terletak kepada pilihan hidup dan ketentuanNYA, disini, aku nak rungkaikan pilihan yang kita yang selama nie salah atau ditentukan oleh orang lain yang kawal kehidupan peribadi kita secara lisan dan terlalu subjektif untuk diperkatakan, sepanjang hidup tak pernah alami dan akhirnya kena alami juga, kat mana kesilapan itu? aku masih tanya diri sendiri, kenapa kita harus lalui semua nie tanpa kerelaan kita sendiri dan hak mutlak seorang insan tak dapat dimonopoli oleh diri sendiri,.. adil ke?,  bukan lah nak cari keadilan, tapi cuma rasa dirampas. sampai bila jiwa yang suci ni diranapkan oleh orang yang pentingkan diri sendiri. damn and super hates that. aku jadi sangat marah, kenapa diperlakukan itu?.. " Sha kau kena tabah" sampai bila nak cakap ayat tu? "Sha, kau mesti happy", aku nak ayat ni, kenapa kita semua tak pernah nak ambil tahu sekeping hati nie sangat sensitif dan aku kena jaga, tapi orang yang cuba nak remukkan kan dia dan berebut nak buat dia terluka, mungkin apa yang aku perkatakan nie ada yang setengah meng"iya"kan, ada setengah yang kat aku mengarut, tapi ini lah hak pemilik hati, kesal aku redha ketentuan Allah,,

Friday, 5 July 2013

salam untuk diri ini,

hari nie, duduk termenung lagi menunggu beban kerja yang bertambah, adakah ini yang aku ingin kan atau kepuasan diri yang aku cari, kata orang " kemampuan mengatasi segala" ermm,, tengah mampu la ni,, minggu nie je tiba2 rasa keras udara kat sini, sebab semakan dan lambakan manusia hipokrit kat tepi2. haus melayan.... kat bumi johor nie kalau tak ada yang hipokrit, aku rasa johor dah kosong tak ada orang, sebab semua hipokrit, benteng pertahanan diri dah memah, sebab hakisan dari perasaan dengki dari pecampuran orang yang tak bermoral macam ni, haishh,, tak kuasa nak layan,,,

hari nie lagi,, aku duduk kat sini sedang tunggu harapan2 yang tak mungkin ada bersama gula2, sebab,,, bayangan dah dibawa oleh perasaan rindu kan seseorang,. kebahagiaan pun tak ada,, macamana nie,, mungkin diri nie semakin jauh dengan tuhan, "ya Allah, Jadikanlah aku seorang amirul mukminin sejati".. rebah menanti belah, khilaf nya aku nie, tak nak tulis banyak. tengah sedih,, huhu...

Thursday, 1 November 2012

Belati berdarah

Pagi nie terdengar lagu Harum subur dihati... dari BPR. lagu nie mengingatkan aku pada satu ketika dulu... yang tak mungkin aku lupekan. kali ini, hari ini perasaan tu datang lagi dengan lebih dasyat. mungkin waktu ini juga telah membuat untuk aku buang perasaan ini jauh dari otak fikiran aku.

Selama kelahiran aku ini juga perkara yang selalu aku takutkan, itu juga aku selalu terjadi.. mungkin kesilapan dari diri ini mmbuat aku sepatutnya menjadi lebih matang tapi aku gagal untuk perbetulkan keadaan, aku terasa bebanan yang sangat berat dan tak mungkin untuk aku pikul seorang diri.... tiada kawan dan tiada siapa yang dapat selami keadaan ketika ini...... ermmmm... mungkin kena sbar lebih sikit.... erm... tak tahu la nak nangis ke, ketawa.... 

Teringat pesan mak.... BERSEDIA UNTUK KECEWA....... da kena la ni baru teringat... patut? emmm... tak tao.... 
Apa yang pasti.... kehidupan perlu diteruskan.. aku yakin masa yang akan menentukan dan berhadapan dengan lebih tenang dan gembira..

Tuesday, 30 October 2012

Bayu Kasih

kasih sayang yang didambarkan, adakah kau masih pertikaikan kasih sayang yang terbukti. aku masih ada persoalan yang belum terjawab, bagi aku.. kasih itu adalah curahan dari dalam sifat manusia yg dilahirkan untuk melindungi dan terus menyayangi manusia lainnya. yang pasti... aku cintakan dia dari luhur hati ini.

ditapak ini aku berdiri menghayati atmosfera alam, dan berlegar difikiran ape yg aku lalui semua ini menjadi kekuatan mental dan dalaman, aku kagum dengan perasaan ini dan akan terus kekal di dalam hati. Oh Tuhan kau berikan aku ketabahan yang layaknya bagiku agar aku terus ttap berdiri dikaki sendiri dan terus menikmati anugerah yang kau kurniakan padaku.

monolog

duduk dibawah embun malam... terdengar bunyi cicak mengiyakan kata hati... ermmmm.... teringat rembatan kencang yang mengakhiri hayat nya....
 tangisan pagi tadi masih buat aku rasa kehilangan seorang kawan. semoga dia ditempatkan oleh orang yang beriman.. aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus mendekatkan diri pada Nya.